Kenapa ya aku cakap macam tu? This is the story guys..
My cousins...Kak X is a girl. Anak dara pingitan gitu. Well, dah nama pun anak dara tu, faham-fahamlah kan..mestilah diintai-intai orang untuk dijadikan menantu.
So, the same thing happen to my cousin. Someone called and said they want to come and take a look at Kak X. Aku pun ikut excitedla dengan berita terbaru ni. Mungkin ini jodoh Kak X. Mestilah aku tumpang happy right? Siapa tak suka kahwin oii...
So, supposedly hari ni family sebelah lelaki tu nak datangla tengok cousin aku ni. Aku kat rumah ni pun pasang-pasanglah telinga untuk dengar berita terbaru. Even cousin aku ni jauh di kampung, still aku boleh tahu perkembangan ceritanya through phone. kring...kring...
Aku melompat dengar bunyi phone. Gempak ni..Haha..memang gempak pun bila akhirnya kitorang dapat berita yang si JANTAN tu punya family tak jadi datang. Aku tumpang bersedih dan geram.
Kenapa Geram?
Ini yang nak cerita ni. Ada ke patut, call and bagitau nak cancel datang hanya disebabkan Kak X aku ni takde kerja tetap!
Manusia apa la diorang ni. Aku faham..kalau taknak pun, it's ok. But then, no need la kan cakap direct kat auntie aku yang diorang tak jadi nak kat Kak X sebab pasal kerja tetap je!
Before ni Kak X jadi chegu GSTT. Tapi around last month suddenly Daerah Kuala Muda menamatkan perkhidmatan GSTT. Kak X pun terpaksa la cari keje lain. AT LEAST...dia dah dapat kerja sekarang ni..Ok what? Daripada takde kerja langsung kn?
Serius sakit hati yang teramat dengan keangkuhan dan keberlagakan keluarga tu. Diorang ingat anak diorang hebat sangat? Setakat bagitau kerja kat Perodua KL tu, aku pun reti. Macamla anak dia hebat sangat. Kak X aku tu lulusan Degree S.Kimia USM tau! Kau lulusan apa? Entah ada entah tidak. Bukanla Degree tu hebat sangat..tapi at least Kak X aku ni educated.
Si jantan tu pun, nampak sangatla tak educatednya kan bila family dia call and cakap tak berlapik macam tu.
Apa yang lagi tambah lucu and bengangnya pulak...boleh diorang kata, taknak si Kak X ni..tapi kalau nak bagi adik Kak X yang keje nurse tu diorang terima untuk angkat jadi menantu.
Isyh3....dunia2...memang tak paham...sebenarnya diorang nak orang kerja chegu. Itu je pointnyer..Kesian Kak X...before ni pun dah ada family yang nak datang tengok cuma sebab Kak X ni chegu..tapi tak jadi jugak sebab kitorang rasa something wrong dengan si jejaka tu. Dia tak nak tunjuk muka..
Macam2la halangannya...walau apa pun, kami semua bersyukur bila ditunjukkan sikap family si lelaki tu awal2..Itu bukanlah jodoh yang baik untuk Kak X..sebenarnya diorang nak kahwinkan anak diorang dengan gaji perempuan tu..bukannya perempuan tu..Kalau desperate sangat nak bermenantukan chegu, pergi je kat maktab2 berdekatan dan buat pengumuman nak menantu. Siapa yang free, datanglah isi borang..Kalau beranilah kan..tapi rasanya tak berani sebab anak dia tu tak layak pun nak dibangga..
Tolonglah manusia2 sekalian...be more sensitive..Bukanlah aku mendabik dada kata diri sendiri bagus. Tapi at least aku mungkin ada usaha untuk berfikir apa perasaan orang kalau aku buat sesuatu di luar jangkaan..hati diberi untuk dijaga..Jaga dari sebarang kemaksiatan, dosa dan mungkar. Kotor hati, bermakna tidak ikhlas dan bersihlah apa yang kita persembahkan pada Allah s.w.t..berusahalah membersihkan kekotoran yang terpalit, bukannya menambah kotoran yang sedia ada..
Pada Kak X, aku doakan dia dapat bertemu dengan jodoh yang baik. Aku faham apa yang dia rasa. Satu hari nanti, akan ada pembalasan untuk family lelaki yang buat macam tu. Mungkin tidak terlihat di depan mata kita, tapi kita berpegang pada janji Allah s.w.t...setiap perbuatan akan ada balasannya..Insyaallah...amin...
No comments:
Post a Comment