Sunday, April 25, 2010

That's me!

I'm taking my life seriously. That's why I am what I am right now. Hidup ini singkat. Sekejapan cuma, aku sudah mencapai 21 tahun. Terasa baru semalam aku berlari di kaki bukit Port Dickson dan baru kelmarin aku merenung Sungai Petani di kejauhan. Indah,segala-galanya memang indah. Bilamana aku berdiri di kaki Gunung Jerai, Kedah kelihatan kecil di pandanganku. Pulau Bandung yang cuma terlihat dari tepi, dapat aku capai dalam genggaman dari kejauhan. Disebabkan semua ini,aku dapat melihat. Melihat di bumi mana sedang aku berpijak. Melihat kedudukanku di kalangan semua umat manusia. Baru aku sedar tentang sesuatu. aku cuma mempunyai masa untuk diriku dan mereka disekitarnya sahaja. keluarga,kawan-kawan, dan diriku sendiri. Itu sahaja masa yang ada. APa yang perlu aku lakukan adalah, kerjakan apa yang wajib. itu yang pertamanya. Kemudian, menjayakan apa yang telah aku janjikan.Dan yang terakhirnya, memandang ke hadapan. Masa yang ada sangat terhad. jadi apa perlunya berlibur di merata-rata tempat tanpa mengetahui apa yang akan aku perolehi dengannya?

Saturday, April 17, 2010

Keluarga Keutamaanku

Keluargaku Kebahagiaanku. Bukankah begitu yang sepatutnya. Tapi mengapa ada kala,kebhagiaan itu datang dan pergi? Rasa sedih datang bertimpa bila mengenangkan emak tersayang,ayah terhebat,kakak tercinta,abang terunggul dan adikku yang menyinar. Di mana silapnya dengan percaturan yang terjadi. Berusaha untuk sesuatu yang lebih baik,itu telah aku lakukan. Mencari di mana kesilapan silam, juga telah aku pahatkan. Jadi,di mana lagi kepincangannya?! Hati yang terletak dalam ini,pilu melihat titik-titik air mata kerana keluarga ini. Titisan yang z

Saturday, April 10, 2010

Limited Edition

Bilamana kita melihat dunia sebagai manusia, baru kesedaran datang menerpa. Aku juga begitu. Adakala hidup sebagai hamba-Nya dan adakalanya aku hidup sebagai manusia. Sekosong-kosong manusia. Itu kebenarannya tentang aku, dan mungkin juga segelintir di luar sana. Acapkali aku hanyut, dan acapkali juga aku menyesalinya. Tetapi apa yang melucukan, aku ulang,ulang dan ulang perkara yang sama. Apa yang ditegah,itu yang kucinta. Dan apa yang perlu kucinta, aku gagal mengesannya. Sedih terasa hadir bila melihat dan merenung diri sendiri. Kasihan melihat diri sendiri yang serba kepincangan dari segala keperluan. Tapi, apakan daya..... Kelemahan yang ada terasa masih kuat menguasai berbanding rasa ingin berubah. Ya, aku tahu. Apa yang penting adalah azam dan kecekalan. Semuanya mudah terluncur dari minda dan terzahir di bibir saja. Untuk mempraktkikannya pula bagaimana? Perlu diajarkah? Atau perlu di cari? Ataupun mungkinkah aku akan belajar sendiri selari dengan arus masa? Susah benar rasanya hidup ini bila diimbau, ditimbang dan ditarakan segala-galanya. Mencari yang di dunia, akhirat tercicir. Bila cuba mengendong kedua-duanya,mulalah terasa berat lantas meremukkan tulang-temulang di bahu. Berat. Memang benar segala-galanya berat. Itulah seberat-berat amanat yang diletakkan di bahu manusia. Tampak ringan,tetapi.... Tak perlulah rasanya untuk disambung. Mata siapa yang memandang,maka dialah yang sendiri perlu menilai. Pandangan seseorang itu subjektif. Itu memang fitrah manusia. Setiap tingkah dan buah fikiran, subjektif belaka. Makanya,gunalah akal fikiran sebaik-baik penggunaannya.AKu sendiri juga sebenarnya dalam pencarian. Mencari di mana kebenaran, dan mengkaji di mana kesilapan. Kalau ketemu dalam genggaman, nescaya aku akan membaling yang silap dan kusisip kemas kebenarannya.

Thursday, April 8, 2010

Bilamana kita melihat dunia sebagai manusia, baru kesedaran datang menerpa. Aku juga begitu. Adakala hidup sebagai hamba-Nya dan adakalanya aku hidup sebagai manusia. Sekosong-kosong manusia. Itu kebenarannya tentang aku, dan mungkin juga segelintir di luar sana. Acapkali aku hanyut, dan acapkali juga aku menyesalinya. Tetapi apa yang melucukan, aku ulang,ulang dan ulang perkara yang sama. Apa yang ditegah,itu yang kucinta. Dan apa yang perlu kucinta, aku gagal mengesannya. Sedih terasa hadir bila melihat dan merenung diri sendiri. Kasihan melihat diri sendiri yang serba kepincangan dari segala keperluan. Tapi, apakan daya..... Kelemahan yang ada terasa masih kuat menguasai berbanding rasa ingin berubah. Ya, aku tahu. Apa yang penting adalah azam dan kecekalan. Semuanya mudah terluncur dari minda dan terzahir di bibir saja. Untuk mempraktkikannya pula bagaimana? Perlu diajarkah? Atau perlu di cari? Ataupun mungkinkah aku akan belajar sendiri selari dengan arus masa? Susah benar rasanya hidup ini bila diimbau, ditimbang dan ditarakan segala-galanya.

Same thing, Same story

Same thing, same story Perkara yang sama, cerita yang sama Saban hari berjalan ke kelas, perkara yang sama akan terjadi. Mak cik 'rock' saban hari tidak jemu-jemu mengucapkan 'selamat pagi' pada aku. Dan hari ini, kelainannya wujud. 'Selamat petang'.Di situ, aku sudah dapat melihat same thing, but not the same story. Berjalan di sebelah rumah bujang teruna, selalunya sepi. Tetapi semalam, seseorang memberi salam.Hmm....same thing,but not the same story again. Selalunya, aku sangat-sangat mudah meletup bila masalah melanda saat tempoh diberi hampir tamat. Tetapi, hari ini amarah itu datang seketika cuma. Gegasan mengambil wudhuk berjaya menyelamatkan suasana. Dan berkat sedikit doa-doa, masalah dengan mudahnya, selesai... Same thing, but then, not the same story happened. Alhamdulillah...segala puji bagi Allah.. Apa yang terbaik adalah,perkara yang sama, tetapi ceritanya berbeza. Masalah yang sama, tetapi cara penyelesaiannya berbeza. Pandangan yang sama, tetapi tanggapannya berbeza. Senyuman yang sama, tetapi apa yang tersirat berbeza. Diriku yang sama, tetapi apa yang terkandung di dalam...sudah berbeza...

Tuesday, April 6, 2010

Jalan Bahagia

Bukan Intan Permata Bukan paras rupa Pandangan Tuhan pada Manusia Beriman dan bertaqwa Berakhlak mulia di sisi Tuhan itu yang utama Siapa yang berbakti dengan ketabahan Sabar menempuh ketentuan Tuhan Baginya syafaat dunia akhirat Kurnia Tuhan tidak terkira ._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._ Bila melihat lirik lagu sebegini, baru terasa kebenarannya menusuk ke jiwa Aku salute diorang yang mencipta lagu jalan bahagia. Masalahnya adalah, manusia di dunia sekarang tidak lagi melihat 'jalan bahagia' ini. Mereka lebih mengejar kebahagiaan yang berasaskan wang dan kekayaan. Kalaulah aku seperti mereka...Nauzubillah....minta dijauhkan.. Aku bersyukur dilahirkan di dalam keluargaku ini. Yang tidak kaya, jauh sekali meneraskan kebahagiaan keluarga pada wang semata-mata. Kami dikelilingi kesedaran dan kurniaan Allah setimpal dengan apa yang kami lakukan. Walau bagaimanapun kepincangan yang terdapat di dalam keluarga ini, aku tetap menyatakan keluargaku adalah yang terbaik. setiap apa yang ada,harus kami semua mensyukurinya. ._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._ Di dalam perjalanan hidup di dunia Tiada lepas dari pancaroba Kita yang diciptakan dengan kelemahan Perlukan petunjuk bantuan Tuhan Tiada yang kuasa melainkan DIA Mentakdir menetukan segalanya Supaya selamat dunia akhirat Teguh pada amal ibadat Oh Tuhan yang Esa Padamu kami panjatkan doa Moga dipeliharakan ditetapkan iman Dunia ini penuh cabaran Oh Tuhan yang Esa Untuk-Mu kami tempuh segala Pandanglah dengan rahmat-Mu Pandanglah dengan kasih-Mu Pimpinlah kami ke jalan bahagia Selamanya.. ._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._ Setiap ujian yang datang, aku cuba lepasi dengan cara yang paling berhikmah. Tapi acapkali, semuanya akan berakhir dengan kepincangan. Kekurangan di mana-mana. Ini yang terjadi bila aku melakukan sesuatu tanpa fikirkan rasionalitinya. Jadi, apa yang perlu aku lakukan? Balik dan bermuhasabah diri,minta petunjuk dari Allah Itulah jalan terbaik yang paling mudah dan paling benar di jalan-Nya. Rasa bahagia sangat bila memikirkan Allah,segala perkara di bawah tadbirannya, dan segala yang diaturkan untukku di dalam hidup ini. Segala-galanya....setiap satunya....setiap sekecil-kecil zarahnya, ada sebab dan musababnya. Tapi itulah, bila sudah terjumpa kebaikannya, barulah hendak mengeluh dan menyesal. Sifat biasa manusia. sudah sakit baru terngadah. Tak begitu? Manusia sering lupa, manusia sering alpa, dari segala setiap sesuatu berlaku, Allah adalah rujukan pertama paling penting untuk dicari. Tapi ramainya sekarang, merujuk pada kekasih hati yang kononnya dapat mengubat hati. Kalau pada kawan atau keluarga, masih boleh dipertimbangkan.betapa hebatnya penangan kekasih hati yang melebihi segala-galanya sehinggakan sanggup melanggar batas-batas syariat Allah. Sanggup melangkahkan kaki ke neraka kerana sayangkan manusia yang juga sama seperti diri kita, dicipta Allah dan dipenuhi kelemahan.Nauzubillah... Aku berharap, aku meminta, pandangan-Nya padaku yang sarat dengan kasih dan sayang...bukannya sarat dengan kemurkaan dan kemarahan-Nya..

New Experience

Pengalaman baru Sama seperti yang dinyatakan, itu juga yang akan diceritakan. Pengalaman baru di dalam hidupku menjadi fasilitator di sekolah menengah untuk adik-adik yang bakal menghadapi SPM. Entah bagaimana agaknya aku berjaya menjalankan program itu dengan lancar. Rasa gembira melihat kejayaan program yang mendapat curahan pujian dari semua adik-adik. Rasa terharu melihat keberanian Abil yang kerap keluar memberi pendapat bila diminta walaupun dia tidaklah petah berbicara seperti adik-adik lain. Aku sendiri tidak pasti sejauh mana aku berjaya menitipkan kata-kata semangat pada adik-adikku ini, tetapi aku bersyukur atas rasa berusaha yang keluar dari empat tulang keringatku ini. Sekolah Mengengah Kebangsaan Tumpat memberi aku seribu satu kenangan manis yang aku pasti akan ku kenang seumur hidup ini.