Hari ini dalam newspaper.... Ada menyebut tentang kod etika berpakaian yang perlu ditekankan oleh IPTA dan IPTS.
Apa yang kita faham dengan kod berpakaian yang sepatutnya di tempat pengajian? Saya memang menyokong sebulat-bulatnya dengan apa yang si pengutus surat itu suarakan dan terima kasih pada Berita Harian( kalau tidak silap saya) hari ini kerana menyiarkannya.
Pengutus menyuarakan tentang etika berpakaian yang sepatutnya lebih sopan dan kemas untuk para siswa/siswi setiap kali mereka ke kelas. Bukan saja untuk ke kuliah, malahan semua aktiviti formal perlulah menjaga etika berpakaian.
Sebagai contoh, UUM (Universiti Utara Malaysia). Pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher setiap hari manakala perempuan pula, tidak dibenarkan memakai menjolok mata. Ini yang sepatutnya diperbetulkan dahulu oleh semua IPTA/IPTS.
Budaya berpakaian bebas dan menjolok mata sedikit sebanyak menyumbang pada gangguan seksual daripada kaum lelaki dan meningkatkan jenayah rogol di Malaysia.
Perkara ini memang perlu disuarakan. Kata orang, penampilan luaran memberi persepsi orang lain pada diri individu. Dan dengan berpakaian menjolok mata, diri individu itu sendiri akan mendapat kerugian.
Pada hakikatnya, hampir semua IPTA menekankan kod etika berpakaian untuk penuntutnya. Tapi sayang, hanya segelintir yang mahu mengikutnya.
Sebagai seorang pelajar di sebuah universiti tempatan, saya juga melihat senario yang sama terjadi setiap hari di hadapan mata saya. Pelajar berpakaian menjolok mata tidak terbilang banyaknya. Apa yang lebih menyedihkan, ada sesetengahnya beranggapan, memakai pakaian yang longgar dan tidak mengikut tubuh badan itu selekeh. Lucunya, keselekehan yang dianggap mereka semua itu akan memberi jaminan syurga pada si pemakainya.
Sering saya terlihat pelajar ditegur pegawai keselamatan di tempat pengajian masing- masing disebabkan pakaian mereka. Ada yang menerima positif dan ada juga yang sebaliknya. Lebihmenyedihkan, ada juga abang guard yang bukan sahaja tidak menegur, bahkan tolong mencuci mata pula dengan melihat model-model fesyen bergelek-gelek pinggul di depan mata.
Penekanan dari semua pihak sangat diperlukan dalam hal ini. Pihak atasan sudah menyediakan etika terbaik untuk kita patuhi, maka kita sendiri perlulah mengasuh diri untuk menerimanya. Pihak yang lainnya pula, jalankan tugas dari perspektif masing-masing supaya kod yang ditetapkan, dipatuhi oleh penuntutnya. Hal sekecil ini sebenarnya menyumbang pada hal lain yang tidak sepatutnya terjadi jika dibendung dari peringkat awal.
No comments:
Post a Comment