Mula-mula saya ada kawan. Tapi sekarang tiada lagi. Why?
Because that friend of mine, yang all this while I thought was my friend, suddenly throw me away. She doesn't want me anymore..=(
Story begin from our first day schooling after raya. Tanpa punca yang dapat dikenalpasti, kawan saya ni tiba-tiba saja memencilkan diri. Memanglah, selama ini pun, dia memang suka menjauh. Tapi kali ini berbeza. Jauh berbeza. Dia memulaukan diri, tidak bercakap, tidak makan, tidak join langsung sebarang aktiviti di luar mahupun di dalam rumah sewa.
Mengapa ya? Hmm...kami sendiri yang berada dalam situasi ini pun masih tertanya-tanya. Kalaulah ada sesiapa yang dapat memberi jawapan munasabah pada saya, pasti itu pun sudah cukup melegakan perasaan.
Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami semua bila dilayan sebegitu rupa tanpa sebab yang pasti. Hanya Allah jugalah yang tahu perasaan kami bila dia mem'block' kami semua dari dalam FB nya. Terasa seperti ditikam.
Bagaimana mungkin dia bertindak seperti itu pada kami yang setia di sisinya sejak 2 tahun lepas? Sedikit pun tiada berbekaskah di hatinya tentang kami?
Sekarang apa yang saya lihat, dia cuma hidup bersama buku-bukunya, keluarganya, dan boyfriendnya..Wow,quite amazing for me..For those who had a couple, beware! Don't leave your friend alone when you got a boyfriend.
Sekarang apa yang saya lihat adalah, dirinya yang kelihatan sepi di celahan ramai. Nasib baiklah, ada seorang kawan kami ni yang lurus2 alang sikit. Jadi, hatinya baik sedikit berbanding kami kerana dia lambat pick up keadaan. But surely, saya dan beberapa kawan lain dah tak dapat menerima semua ni lagi. Terasa diperkotak-katikkan bila dia buat kami macam tunggul. Soalan tak berjawab dan lebih dahsyatnya, dia buat tuli. Memang bukan manusialah kalau tak terasa.
All this, resulting in....'saya tiada kawan'...dulu 'saya ada kawan', tapi sekarang, kawan itu sudah tiada. Prinsip 'kawan sampai ke mati', saya tolak jauh-jauh ke tepi. Kerana saya pasti, dia bukan kawan yang akan ingat saya sampai ke mati.
Mungkin, ada juga salah dari saya. Tapi itu bukan ini penyelesaiannya. Dulu pun saya ada bermasam muka dengan dia, tapi saya rendahkan ego pergi memohon maaf. Tapi apa yang saya dapat? Dia tulikan telinga, butakan pandangan. Seolah-olah saya sedang bercakap dengan dinding. Kalau saya boleh, mengapa dia tidak? oohh...saya lupa...dia tak pernah mengaku salah..ap ayang dirasakannya betul, maka itulah yang paling betul.
Jadi, goodbye yer NSS...=)..with all my heart, I'm letting you go..go travelling your life without us,but then, don't come to me when you feel alone in you journey.
No comments:
Post a Comment