Friday, July 30, 2010

Tak Tahu

Aku tak tahu apa yang difikirkannya. Setiap kali dia berbuat sesuatu, aku akan teliti dan menilik. Apa yang sedang berada di dalam fikirannya. Sikapnya adalah seperti yang aku lihat sejak dulu. Tiada apa yang berubah. Tapi mengapa ya? Mengapa dia ada kalanya bersikap sepertinya aku tidak pernah mengenali dia. Perlakuannya membuat aku twisted. Twisted personality or what? Itu tak termasuk lagi kalau aku katakan double standard. Bercakap 'begini' di sini, tetapi di lain hari jadi 'begitu'. Haa....lucu dan rasa semakin keliru. Dia ini bagaimana sebenarnya? Tak tahulah... Apa lagi yang membuat aku keliru? Hmm.....di luarannya, aku nampak seperti sangat sangatlah low....tapi bila melihat appearancenyer...dan juga kemelatahannya di waktu-waktu tertentu, kerutan di keningku jadi semakin berlurah. Isyh3.....apa sebenarnya dia ini? Semestinya manusia, tapi aku tidka kenal dengannya..dan yang lebih menakutkan, sudah lama kenal, tetapi tak tahu pun dia ini sebenarnya bagaimana.... Pengakhirannya, aku cuma melihat dan meneliti, apa yang perlu aku tahu tentang dia.

Thursday, July 29, 2010

Aku Masih Di Sini

Aku masih di sini. Di takuk lama. Ada sedikit perubahan barangkali. Tetapi adakah mereka semua melihatnya? Adakah mereka menyukainya atau mencemuh? Hmm....rasanya aku ada membuat perubahan. Jika perubahan ke arah yang bagus, Alhamdulillah....... Kalau vice versa? Oh...aku sangat2 meminta dijauhkan. Hari ini aku sedar tentang sesuatu. Aku masih lagi terasa takut akan perkara silam. Aku masih lagi tidak berubah kerana kalau betul aku sudah berubah, aku pasti mampu berhadapan sekali lagi dengan masa silamku tanpa rasa gugah atau gentar. Persoalannya berulang lagi di sini. Am I changing to a better one? If yes, then why did I took a step back when I faced with the past? Guess...I'm no better... No hard-core resistance in the outside.... It's freaking me out thinking that my 'past' is laughing at me! Such a loser! Weak! Coward! Is that all I can get from 9 years parting apart from them?! Urghhh!!!!!It's frustating! Bila memikirkan aku yang ada masih sama, perasaan jadi semakin rapuh dan terasa susah. Kalaulah aku boleh.......Kalaulah aku mampu.....Semuanya hanya kalau... 'Kalau' memang ayat pembunuh. Hanya dengan sepotong ayat itu saja, akidah sudah boleh terpesong. Scary rite? Maybe one day aku boleh accept......deeply....everything that's happened, must bring their own reason and values. If only I can catch the 'reason' and 'values' earlier,maybe all this coward and weakness things wouldn't occur at d 1st place.... Again...... I repeat the word 'IF'...

Sunday, June 13, 2010

Syukur ke hadrat Ilahi

Result for this sem da kuar.. Syukur sangat2 atas apa yang aku perolehi. Bukannya terlalu bergembira tetapi sekadar untuk menzahirkan rasa hati. Terasa diri sangat bertuah bilama aku masih di landasan yang betul. Jika mengikut apa yang aku laburkan untuk sem ini, terasa tidak percaya dengan hasilnya. Kurang berusaha membuat aku tertanya tanya. Mungkinkah ini cuma belas dari Allah sahaja? Aku semat di dalam dada, ini adalah amaran supaya aku 'sedar' di tangga mana aku berdiri sebelum aku alpa dengan lebih jauh lagi. Jadi, di sini, aku sekali lagi bertekad untuk berusaha lebih dari sebelumnya. Aku sama sekali jadi takut jika benar ini cuma 'hadiah' dari Allah sebelum aku menerima baasan untuk sikapku yang alpa dan bermain-main selalu. Tapi, hati tetap terasa sedih melihat ada sahabat yang turun sedikit. Malahan ada yang tergelincir terus dari perangkaan yang sepatutnya. Satu saja yang mampu aku titpkan. Doa dan kata-kata semangat. Diharapkan itu sudah cukup membantu mereka yang dalam kekecewaan. Untuk segala yang telah aku kecapi sehingga kini, sebutir ucapan khusus ku ucapkan kepada-NYA...ALHAMDULILLAH....terima kasih Ya Allah atas segala kenikmatan yang telah aku nikmati sepanjang hidupku. Walaupun di celahan setiap cebisan nikmat itu terselit pelbagai ujian, aku tetap berusaha mempositifkan diri dengan bersabar dan cuba mencari di mana titik awal punca semuanya terjadi. Aku pasti, setiap apa yang terjadi ada hikmah dan sebab musababnya. Tetap, aku bersyukur. Dan MAHA BESAR ALLAH s.w.t kerana dia sentiasa memerhatikan kami semua dan tiada secebis pun tingkah yang tertinggal untuk ditatap. Wassalam..