Everything that's poped out from my head should be listed here...sigh..but time's getting jealous with all my free hanging time.And then,bla bla bla....updating session will only come when there's no work to be done,which means, no such time for me! Works compiling and I'm getting drown by it. So, my touch in my blog's getting lesser. Pity me, and pity you my bloggy..
Saturday, October 3, 2009
Hati berkata....
Hati aku berkata....
Aku tak boleh buat macam tu, dosa....tapi jasad aku, buat jugak
Hati aku ada juga berkata....
Kenapa die buat macam tu ek,tak pakai otak ke?..tapi jasad aku, buat jugak
Then,hati aku berkata lagi...
Aku xnak jadi mcm diorg...tpi jasad aku,still berubah jdi mcm diorg..
Hati aku menjerit berkata..
Aku nk keluar dari dunia ni..tpi jasad aku,degil. jasad aku xmau bergerak ke tmpt lain.
Dan bila sampai ke limitnya..
Hati aku sudah tidak mahu berkata-kata lagi
Hati aku sudah bisu!
Aku mula risau.
Aku mula terasa sunyinya tanpa hatiku.
Aku mencari dan mencari.
hingga akhirnya aku ketemu semula hatiku.
Hatiu masih ada di tempat yang sama.Cuma hatiku sudah tidak mahu bersuara.
Rupa-rupanya, hatiku terluka.
Hatiku sedih bila jasad dan fikiranku tidak seiring dgnnya.
Hatiku rasa dirinya tidak berguna.
lalu aku mengangkat janji.
Bahawa, selepas ini aku akan mengikut kata-katanya
tetapi jika apa yang dikatakannya tidak benar, aku akan membantah.
Hatiku bersetuju.
sebelum kami berpisah,hatiku sempat menitipkan pesan
'Selalunya kata hati itu benar'
Dan aku membalas,
'Ikut hati mati'
Hatiku menjawb semula
'Kata hati yang seiring dgn fikiran dan tindakan jasadku,itu yang akan membenarkan semua perkara'
Dan kami tidak bertemu lagi selepas itu.
Tapi aku tahu,hatiku ada di situ.
Kerana setiap kali aku melakukan sesuatu hanya dgn fikiran dan jasadku,hati akan cepat-cepat menegur mengingatkan aku tntg pentingnya dirinya di dalam setiap perlakuanku.
Hingga saat ini,hatiku masih bersamaku..