Tuesday, November 9, 2010

~Apa Yang Terjadi~

Apa yang terjadi semua ada hikmahnya. Itu yang sering kita dengar dan kita ingatkan pada diri sendiri. Tapi adakah itu yang kita praktikkan?
Kebelakangan ini, banyak perkara yang terjadi. Di samping musim exam yang menyesakkan kepala otak, ada pula masalah lain yang menjelma. Masalah rumah tangga....
Don't get it wrong..I'm still single. Ini berkaitan dengan hal rumah yang mempunyai tangga yang sedang aku diami sekarang ini. Rumah yang orang war-warkan sebagai syurga ini, sekarang berada jauh dari perkataan syurga..Walaupun sekadar rumah sewa, tapi banyak masa yang dihabiskan di sini. Jadi, layaklah untuk digelarkan sebagai syurgaku.
Bukanlah mahu memburukkan sesiapa, jauh lagi mahu menghina. Tapi di sini, ingin diingatkan, jika sudah bergelar penyewa, maka bertindaklah seperti yang disebut. Apa hukumnya bila si penyewa tak memberi khidmat seperti yang dijanji dan yang termaktub? Haram wang sewa tahu?
Mungkin kalau sedikit kesilapan, kami masih boleh bertoleransi, tapi bagaimana pula ceritanya jika kesilapanyang sama berulang hampir setiap hari?
Tandas tersumbat tak diambil kisah..Bukan saja tidak kisah,ditambah pula dengan arahan berbaur amarah menyuruh kami membaiki sendiri. Maaf ya, kami semua pelajar di uitm..bukannya plumber yang betulkan paip tersumbat. Itupun, kami dah cuba-cuba menjadi plumber tak bertauliah jugak.
Masalah wireless yang tak pernah surut-surut dari dahulu. Kalau semester lepas, hati masih boleh dipujuk kerana masalah router di modem. Tapi semester ni? Apa lagi kata-kata yang dapat memujuk hati sendiri kalau sudah hampir terang disuluh, ada yang mensabotaj di belakang?
Hanya Allah s.w.t saja yang dpaat membalas apa yang terbuku..Hormat masih ada kerana Si Penyewa adalah orang yang bertanggungjawab memberi ilmu pada kami. Mungkin kerana itu kami masih sanggup makan hati berulamkan jantung.
Sedikit pun tidak terlintaskah tentang rasa tanggungjawab di hati? Tidak takutkah pada wang yang dituai dari hasil yang tidak jelas?
Apa lagi dapat diucap...mulut pun dah penat melahirkan rasa amarah..Tindakan pun dah separuh diambil..masih juga mahu menegakkan benang yang basah..
Harapnya sabar masih menguasai diri...moga dibukakan pintu hati untuk berfikir..Kalau perkara ini semakin lama berleluasa..kami semua bimbang tidak dapat memberi maaf lagi atas wang yang kami habiskan untuk sesuatu yang tiada pulangan pada kami.. Kami bukan datang ke sini menyewa untuk membela perut Si Penyewa dan anak-anaknya saja..kami datang untuk belajar..Bimbang kelak rasa hormat sudah tidak ada lagi.