Sunday, June 13, 2010

Syukur ke hadrat Ilahi

Result for this sem da kuar.. Syukur sangat2 atas apa yang aku perolehi. Bukannya terlalu bergembira tetapi sekadar untuk menzahirkan rasa hati. Terasa diri sangat bertuah bilama aku masih di landasan yang betul. Jika mengikut apa yang aku laburkan untuk sem ini, terasa tidak percaya dengan hasilnya. Kurang berusaha membuat aku tertanya tanya. Mungkinkah ini cuma belas dari Allah sahaja? Aku semat di dalam dada, ini adalah amaran supaya aku 'sedar' di tangga mana aku berdiri sebelum aku alpa dengan lebih jauh lagi. Jadi, di sini, aku sekali lagi bertekad untuk berusaha lebih dari sebelumnya. Aku sama sekali jadi takut jika benar ini cuma 'hadiah' dari Allah sebelum aku menerima baasan untuk sikapku yang alpa dan bermain-main selalu. Tapi, hati tetap terasa sedih melihat ada sahabat yang turun sedikit. Malahan ada yang tergelincir terus dari perangkaan yang sepatutnya. Satu saja yang mampu aku titpkan. Doa dan kata-kata semangat. Diharapkan itu sudah cukup membantu mereka yang dalam kekecewaan. Untuk segala yang telah aku kecapi sehingga kini, sebutir ucapan khusus ku ucapkan kepada-NYA...ALHAMDULILLAH....terima kasih Ya Allah atas segala kenikmatan yang telah aku nikmati sepanjang hidupku. Walaupun di celahan setiap cebisan nikmat itu terselit pelbagai ujian, aku tetap berusaha mempositifkan diri dengan bersabar dan cuba mencari di mana titik awal punca semuanya terjadi. Aku pasti, setiap apa yang terjadi ada hikmah dan sebab musababnya. Tetap, aku bersyukur. Dan MAHA BESAR ALLAH s.w.t kerana dia sentiasa memerhatikan kami semua dan tiada secebis pun tingkah yang tertinggal untuk ditatap. Wassalam..